Friday, 18 April 2014

#compilation story of busana muslimah

Assalamualaikum...

hai. hai. hai. 

Sunyi sepi webpage ni 2 bulan lebih dah tak hupdate. Kalau ikut hati dan sanubari beta, memang nak hupdate selalu. Tapi, apakan daya, study diberikan keutamaan dulu kan. Ye lah, cek ni student tegar lagi. *senyum kambing

Pejam celik, dah nak sampai ke penghujung semester 3 dah. hmmm. Maknanya, dah dekat setahun setengah dah aku merantau dekat Perak Tengah ni. Dan, akan berakhirlah asasi bisnes aku lepas ni. YEAH !!! Tapi, perjalanan masih jauh, lepas ni sambung Higher National Diploma (HND) pulak, UK learning style. Suatu lerning style yang agak complicated. Aku akui susah, but if you don't try you'll never know kan. Keep struggle untuk yang terbaik, In sha Allah dipermudahkan. Aminn. ;)

Back to my story, act last two weeks, aku ada join pertandingan busana muslimah. Saje, mengada. haha. Muslimah sangat kau. *tangan di bahu kepala di atas. 
Berdebar kot. Al maklumlah, kita ni kekok dengan kamera. Jalan kucing (catwalk) pun macam ribut. Entah hape2 kot. Ye la, selalu dekat MRSM dulu jalan laju je bila nak gerak ke kelas. Selalunya, kelajuan tu bergantung pada subjek jugak. haha. And, subjek-subjek wanted macam Math dengan Fizik je tahap kelajuan dia macam lumba grand prix. So, before competition tu berlangsung, aku dengan confidentnya praktis la jalan ala-ala model gitew. haha. Roomates pulak memang dah masak dengan perangai aku, redha je lah. Boleh kata, seminggu sebelum acara la aku terkenkang-kenkang jalan dalam bilik. Ok, teruk betul perangai anak dara. 

Disebabkan tema catwalk kali ni "busana muslimah", so aku kurang yakin dengan penampilan muslimah contemporary ni. My opinion about the style that I should bring out is, something yang bila kita pakai kita nampak sejuk mata memandang dan nampak kesopanan tu. Bila dah fikir masak-masak, pergi survey butik sana-sini, aku pilih gabungan light-pink and dark-turqoise. Dua colour ni memang nampak sebati. Lembut and at the same time  nampak lah aku ni confident dengan colour-blocking yang aku bawak tu. So, inilah hasilnya.



kimono cardigan from instagram: @nadeeexclusive

Memang habis save budget prepare untuk closet hari tu. Kimono kardigan ni aku beli dengan harga RM45. Skirt ni aku beli dekat Rantau Panjang time ke Kota Bharu bulan 3 lepas, cuma RM20. Satin shawl pulak pakai bel dekat kedai pakcik pakistan tuu, RM13. Flowercrown comel tu, aku buat sendiri. Mula-mula decide nak beli flowercown, tapi disebabkan harga flowercrown ni mahal, baik aku buat sendiri. Rupa-rupanya senang je nak buat flowercrown ni. Cuma anda kena tahu mix and match colour bagi nampak menarik.



Bahagian make-up pulak, 100% aku serahkan dekat roomate aku yang pakar, Kak Ila. Hehe. Aku memang fail bab make-up ni. Pernah aku try make-up time raya puasa tahun lepas, tu la first and last. Abang aku kemain lagi kutuk muka aku macam badut sarkas time tuu. adoiii. Sedih2. Kali ni, aku cakap kat Kak Ila, aku nak light make-up je. Tak mau dah yang heavy2. Cuma tekankan dekat area mata je. dan hasilnya memang puas hati. 


Walaupun mata nampak sebam sikit sebab kurang tidur buat assignment, tapi still nampak natural. 


One, two, three action.! Acara pun bermula. Bila aku sampai je dekat pentas catwalk tuu, mak aii semua peserta havoc-havoc. Terkejut den. haha. Tambah pulak yang masuk pertandingan tuu, pelajar institusi kemas. Memang gempak la closet diorang. Okay, takpe keep calm and just do it. haha. Itu je yang mampu aku buat. Bila sampai je turn aku catwalk, aku jadi lost gila. haha. preparation tak mantop lagi kot. Takpe lah at least aku dapat experience baru. Lain kali cuba lagi. :)










Menang kalah adat bertanding. Asal diri rasa puas, its enough :)




Pendorong aku masuk competition ni, Riena Amirah. Fashionista tegar. haha





Time ni pertandingan da habis. Pekena Burgerbyte jap. hehe. Kalau perasan bulu mata palsu aku dah nak tercabut. lol :3

Serius, seronok betul hari tuu, walaupun kalah. haha. Hopefully next sem, diberi peluang lagi join competition macam ni. hehe. Take care uolls. bye. ;)